fbpx

Amylea Azizan tidak ‘kebulur’ kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMYLEA AZIZAN

NAMA penyanyi dan juga komposer Amylea bukan lagi asing dalam arena industri muzik tanah air. Selepas hampir 18 tahun ‘menghambakan’ diri dalam industri, pemilik nama lengkap Amylea Azizan selayaknya dilabel sebagai artis senior yang masih berkarya sehingga ke hari ini.

Dia mula mencipta populariti selepas mendapat tempat ketiga dalam program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dan seterusnya tampil dengan single berjudul Ku Berserah.

Perjalanan karier nyanyian penyanyi berusia 35 tahun itu juga ada pasang surutnya. Bukan mudah untuk Amylea mengekalkan popularitinya sebagai penyanyi sehinggakan namanya hampir tenggelam daripada radar industri seni hiburan tempatan.

Nama Amylea kembali ‘mewangi’ selepas lagu dendangannya bersama Kaer, Tak Pernah Hilang dijadikan runut lagu (OST) bagi drama terkenal, Nur arahan pengarah Shahrulezad Mohameddin yang ditayangkan pada 2018.

Sejak itu, penyanyi yang terkenal dengan imej rambut keriting itu tidak lagi hilang dan sentiasa ada ‘buah tangan’ baharu untuk peminat yang merindukan suara dan lagu hasil sentuhannya.

Bercakap tentang kepuasan, Amylea mengakui masih banyak perkara yang ingin dicapai walaupun sudah hampir dua dekad berada dalam industri.

“Saya belum puas lagi. Bagi saya kepuasan itu apabila saya sudah capai impian yang diinginkan. Banyak lagi impian yang belum saya raih walaupun selepas berbelas tahun berada dalam industri.

“Tapi saya tetap bersyukur dan gembira dengan kepercayaan yang diberikan sepanjang saya menjadi anak seni. Pendapat saya masih diterima dan dipandang serius orang dalam industri kagumi, termasuk individu yang saya kagumi,” katanya.

AMYLEA mempunyai identiti tersendiri dalam penciptaan karya dan lagu tulisannya.

Ujar Amylea lagi, keselesaan bekerja bersama orang-orang hebat dalam industri juga merupakan salah satu bentuk kepuasan apabila setiap apa yang dirancang akhirnya akan menjadi nyata dan mendapat hasil yang memuaskan.

Selain itu, Amylea juga puas kerana sepanjang berkecimpung dalam dunia artis, dirinya tidak pernah sekali pun terkait dengan sebarang kontroversi yang tidak enak, sekali gus mencalarkan nama dan imejnya.

Ujar penyanyi bermata galak itu, dia sebaik mungkin cuba menjaga nama baik keluarga dan diri sendiri supaya tiada sebarang penyesalan timbul suatu hari nanti.

“Saya sebaik mungkin menjaga nama baik keluarga dan diri sendiri supaya apabila saya tua nanti, tidak ada penyesalan di kemudian hari.

“Perkara itu juga satu kepuasan untuk diri sendiri,” ujar Amylea.

Kecacatan

Antara hasrat Amylea ialah melihat industri muzik tempatan lebih berwarna. Sebagai seorang penyanyi dan juga produser, dia mahu melahirkan lebih ramai wajah baharu berbakat besar.

Malah, Amylea juga ingin memberi peluang kepada artis senior untuk kembali mewarnai industri muzik tempatan.

“Saya tidak mahu industri muzik kita berkisarkan tentang trend sahaja. Saya mahu pelbagaikan muzik asalkan seseorang itu berbakat.

“Kehadiran segelintir pihak yang bukan dalam kalangan pemain seni dengan niat untuk mewarnai industri, tapi hakikatnya cuma membawa kecacatan,” katanya.

Menyentuh sedikit perkembangan terbaharu, Amylea memaklumkan bahawa dia kini mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan bersama produksi Radius One.

Bermula sebagai cameo, lakonan Amylea kini boleh ditonton dalam drama Dendam Seorang Isteri.

“Saya juga bakal muncul dalam sebuah filem arahan Aziz M. Osman selain sebauh telemovie arahan pengarah yang sama.

“Sebenarnya sudah lama saya ditawarkan untuk berlakon. Cuma sekarang baru saya yakin dan berani untuk menyahut cabaran. Saya gembira diberikan peluang ini,” jelasnya.

Menerusi cabang nyanyian, tahun ini sahaja, Amylea bakal mengeluarkan lebih daripada 10 buah lagu yang akan dinyanyikan sendiri dan beberapa penyanyi lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI