fbpx

Perkhidmatan Hidupan Liar AS bunuh 1.75 juta haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGKA pembunuhan menunjukkan kira-kira 63,000 koyote dibunuh pada 2021. - Rory Merry/Zuma/Rex/Shutterstock

WASHINGTON – Sebuah organisasi di bawah seliaan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (AS) menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan  pemuliharaan alam sekitar susulan laporan yang mendakwa agensi berkenaan membunuh sejumlah 1.75 juta haiwan di seluruh negara pada 2021. 

Menurut akhbar The Guardian, jumlah tersebut adalah bersamaan kira-kira 200 haiwan yang dibunuh pada setiap jam.

Pembunuhan haiwan merupakan sebahagian daripada program hidupan liar persekutuan yang menyasarkan serigala, koyote, kugar, burung dan haiwan lain bagi membuka laluan kepada industri pertanian di beberapa negeri termasuk Texas, Colorado serta Idaho. 

Data baharu yang dikeluarkan menerusi program itu menunjukkan organisasi tersebut, Perkhidmatan Hidupan Liar membunuh antaranya, sebanyak 324 serigala kelabu, 64,131 koyote, 433 beruang hitam, 200 singa gunung, 605 kucing hutan, 3,014 musang, 24,687 memerang dan dan 714 memerang sungai pada tahun lalu.

Pembunuhan itu dilakukan bagi melindungi hasil pertanian, spesies terancam dan manusia.

Menurut Perkhidmatan Hidupan Liar, pihaknya hanya menyasarkan spesies invasif tertentu yang dianggap sebagai memberi ancaman kepada ekosistem tempatan seperti babi liar dan tikus paya gergasi dipanggil nutria.

“Memang menimbulkan kemarahan apabila melihat program persekutuan menghapuskan ratusan ribu haiwan asal negara ini.

“Membunuh karnivor seperti serigala dan anjing hutan yang kononnya untuk memberi manfaat kepada penternak hanya membawa kepada lebih banyak konflik dan pembunuhan. Ia adalah kitaran ganas dan kami menuntut Perkhidmatan Hidupan Liar melakukan perubahan,’’ kata pengarah pemuliharaan karnivor di Pusat Kepelbagaian Biologi, Collette Adkins.

Jumlah haiwan asal yang dilaporkan dibunuh pada 2021 adalah menyamai  433,192 ekor haiwan  yang dibunuh pada 2020. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI