fbpx

Biden pejam mata Korea Utara lancar misil balistik antara benua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCARAN jenis baharu peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Korea Utara. - AFP

PYONGYANG – Korea Utara sekali lagi melakukan ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang boleh menghantar peledak nuklear ke mana-mana sasaran di Bumi, lapor akhbar New York Post semalam.

Namun, pentadbiran Presiden Joe Biden seperti tidak terganggu dengan ancaman terbaharu Pyongyang.

White House telah melakukan kajian semula dasar selama tiga bulan ke atas Korea Utara, namun tidak pernah membentangkan rancangan kukuh berkenaan isu tersebut.

Dasar luar bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama juga menampilkan strategi yang sama dan menggelarnya sebagai strategi ‘kesabaran strategik’.

Washington memulakan strateginya dengan menawarkan dialog kepada Korea Utara supaya menamatkan program nuklearnya sebagai pertukaran untuk pelbagai  konsesi.

Namun begitu, sehingga hari ini, Korea Utara enggan berbincang mengenai program senjata nuklearnya sekali gus menyebabkan Biden menemui jalan buntu.

Pyongyang memberitahu dunia bahawa ia mahukan senjata nuklear taktikal seperti yang digunakan oleh Rusia untuk mengugut Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan negara-negara Barat.

Ini bermakna lebih banyak ujian senjata akan dilakukan oleh Korea Utara dalam masa terdekat dan ia sesuatu yang boleh dijangka oleh semua pihak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI