fbpx

Abang bomba sebak tanam anak kucing mati diracun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota bomba menguruskan anak kucing yang mati dipercayai akibat diracun di Pekan Bahau, Jempol, Negeri Sembilan hari ini. - GAMBAR IHSAN BOMBA

JEMPOL – Perasaan anggota bomba tersentuh apabila menerima aduan daripada peniaga Gerai Majlis Perbandaran Jempol di Pekan Bahau di sini mengenai empat ekor anak kucing yang mati di belakang gerai berkenaan pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 10 pagi semalam, pasukan bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan 11, Fahmi Tan Abdullah baru selesai menjalani latihan kawad dan aktiviti di balai sebelum sarapan di gerai berdekatan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Muhamad Rasul Hashim, sebaik tiba di gerai, peniaga meminta pertolongan pihaknya untuk menanam haiwan berkenaan.

Kucing-kucing yang ditemui mati di Pekan Bahau hari ini.

“Pihak kami mendapati ada empat ekor anak kucing mati dipercayai ternakan racun. saya mengarahkan anggota untuk mengambil cangkul bagi menanam kesemua anak kucing tersebut.

“Ini pertama kali kami menerima aduan seperti ini dan berasa agak tersentuh kerana semasa kesemua kucing yang mati diletakkan di dalam lubang.

“Terdapat dua ekor kucing dewasa dipercayai si ibu menghampiri pasukan bomba seolah-olah mahu melihat kesemua anak kucing berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Muhamad Rasul memberitahu, walaupun kesemua kucing telah ditanam, namun insiden tersebut meninggalkan kesan yang mendalam di hati pasukan bomba. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI