fbpx

Sultan Selangor beli Kasut Emas milik Khalid Jamlus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Sharafuddin berkenan membeli Kasut Emas milik Khalid Jamlus (kanan) untuk ditempatkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor di pekarangan Istana Alam Shah, Klang semalam. - SELANGOR ROYALE OFFICE

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjadi pemilik baharu Kasut Emas milik bekas penyerang sensasi kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus selepas berkenan membeli anugerah individu paling bernilai dalam kancah bola sepak tempatan itu.

Khalid, 43, meluahkan rasa terharu terhadap keputusan ba­ginda untuk memiliki Kasut Emas yang dimenanginya ketika menyarung jersi Perak pada 18 tahun lalu dengan satu nilai yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Walaupun perjuangan saya bersama Selangor tidak begitu lama. Namun, Tuanku masih menghargai jasa saya bersama Selangor dan juga pasukan kebangsaan. Saya cukup terharu,” kata Khalid dalam laman sosial Facebook peribadinya semalam.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik di Facebook Sela­ngor Royal Office semalam, ba­ginda berkenan meletakkan ­Kasut Emas yang dimenangi Khalid pada 2002 itu di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor di pekarangan Istana Alam Shah, Klang.

Sebagai rekod, penyerang yang pernah menyertai ujian percubaan dengan kelab Jerman, Eintracht Frankfurt itu, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 17 gol ketika mewakili Perak pada 2002.

Sepanjang bersama Perak, Khalid menjaringkan 50 gol dalam 104 perlawanan liga dari 1999 hingga 2004 sebelum me­nyarung jersi Selangor selama dua tahun pada 2005 dan 2006.

Baru-baru ini, Khalid menggemparkan arena bola sepak tanah air apabila melelong pelbagai barangan peribadi termasuk menjual Kasut Emas itu atas faktor kewangan selepas tiga tahun tidak mempunyai pekerjaan.

Selepas beberapa bulan berusaha menjual Kasut Emas itu, akhirnya berhasil mendapat ‘tuan’ baharu selepas Khalid dikatakan menjadi mangsa peni­puan pembeli pertama, sebelum urusan pembelian kedua tidak menjadi kenyataan sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI