fbpx

Mesir bawa kelebihan ke Dakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESIR berjaya memanfaatkan aksi di laman sendiri selepas berjaya menewaskan Senegal 1-0 pada aksi playoff pertama di Kaherah awal pagi semalam. – AFP

KAHERAH – Jurulatih Mesir, Carlos Queiroz memuji barisan pemainnya selepas menang 1-0 ke atas Senegal pada aksi pertama playoff kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Antarabangsa Kaherah awal pagi semalam.

Gol sendiri pemain pertahanan Senegal, Saliou Ciss se­awal minit keempat nyata memberi kelebihan buat Mesir menjelang aksi timbal balik di Stadium Abdoulaye Wade 30 Mac ini.

Meskipun berdepan tekanan cukup tinggi pada perlawanan semalam, namun Mesir berjaya mengekang asakan yang dilakukan jentera serangan Senegal sepanjang 90 minit permainan.

“Apabila perlu bertahan sebagai satu pasukan, anda semua boleh lihat pemain-pemain Mesir sangat berani ketika berjuang di atas padang. Dalam bola sepak, kadang-kadang pasukan lebih baik tewas.

“Mereka memberikan tekanan cukup tinggi terhadap barisan pertahanan kami apabila melancarkan serangan demi serangan sehingga memaksa Mesir untuk berkampung di kawasan sendiri,” kata Queiroz.

Pada masa sama, pengendali dari Portugal itu berang selepas media mengkritik corak permainan yang diterapkan selain menegaskan beliau sedia me­lakukan apa sahaja bagi memastikan mereka layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2022.

“Peluang terbuka kepada kedua-dua pasukan, jadi kami lakukan apa yang mampu untuk pastikan kemenangan. Kami mungkin akan berdepan aksi le­bih sukar di Dakar nanti,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI