fbpx

Catur mampu pertahan pingat emas di Sukan SEA Hanoi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIAN KER (tengah) bersama Presiden Persekutuan Catur Malaysia, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi (kanan) dan Pengarah Herosifu Chess Academy, Mohd. Ezmi Mahmood (kiri) pada Kejohanan Terbuka Rapid 2022 di Bangi hari ini.

BANGI – Skuad catur negara mempunyai potensi untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Filipina dua tahun lalu pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam dari 12 hingga 23 Mei depan.

Keyakinan itu diluahkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker sewaktu hadir merasmikan Kejohanan Terbuka Rapid 2022 anjuran Herosifu Chess Academy di Hotel Tenera, Bangi hari ini.

“Memang kalau kita lihat, beliau (Yeoh Li Tian) dapat pingat emas sebelum ini. Jadi kita mengharapkan dia boleh terus menjadi juara dan mengembalikan emas kepada Malaysia,” katanya kepada pemberita hari ini.

LIAN KER (tengah) bersama Presiden Persekutuan Catur Malaysia, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi (kanan) dan Pengarah Herosifu Chess Academy, Mohd. Ezmi Mahmood (kiri) pada Kejohanan Terbuka Rapid 2022 di Bangi hari ini.

Nama Yeoh Li Tian sudah tentu menjadi pertaruhan utama skuad catur negara selepas mencipta sensasi meraih pingat emas kategori rapi lelaki sewaktu Sukan SEA Manila 2019.

Menariknya, Li Tian turut mengambil bahagian pada Kejohanan Terbuka Rapid 2022 yang mana ia boleh dianggap sebagai platform pemanas badan buat dirinya sebelum turun mempertahankan kilauan emasnya di Hanoi pada Mei nanti.

Atlet berusia 23 tahun itu dijangka berdepan cabaran sengit daripada dua pemain catur tuan rumah, Nguyen Ngoc Truong Son dan Nguyen Anh Khoi yang memenangi pingat perak dan gangsa acara rapid sewaktu Sukan SEA 2019.

Selain Li Tian, Persekutuan Catur Malaysia juga mempertaruhkan sembilan lagi pemain untuk menggalas cabaran kontinjen negara menghadapi sukan berkenaan di Hanoi nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI