fbpx

ATM 100 peratus bersedia hadapi pembukaan sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFFENDI

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersedia 100 peratus dari segi kawalan keselamatan menjelang pembukaan penuh sempadan negara bermula 1 April ini.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, kesemua cabang pasukan berkenaan telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan setelah sempadan dibuka.

“Ya, kita sudah bersedia 100 peratus, namun buat masa sekarang belum sesuai untuk diuar-warkan sehingga ada kenyataan rasmi Menteri Pertahanan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Ekspo Usahawan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia di gedung Malakat Mall di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Affendi memberitahu, dari segi kesiapsiagaan kekuatan anggota dan aset untuk dikerahkan memang sudah ada, bahkan ATM hanya menunggu arahan daripada pihak atasan.

“Kita juga telah membuat kajian awal ke atas impak pembukaan sempadan negara yang melibatkan isu keselamatan tetapi tidak boleh didedah kepada umum,” jelasnya.

Butiran terperinci memang sudah disediakan dan berharap ia diumumkan dalam masa terdekat sebelum sempadan negara dibuka seperti situasi sebelum era Covid-19.

Beliau juga tidak menyatakan sama ada ATM akan bekerjasama dengan pelbagai agensi lain seperti polis dalam pelaksanaan operasi tertentu yang pernah dilakukannya secara bersama sebelum ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI