fbpx

Usul SOSMA tidak melanggar MoU kerajaan, PH – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

SEPANG – Usul pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak termasuk dalam memorandum persefahaman (MoU) Tansformasi dan Kestabilan Politik yang dipersetujui antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, MoU itu sebenarnya hanya terpakai kepada undang-undang atau rang undang-undang (RUU) yang boleh menyebabkan hilang kepercayaan kepada kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, barisan Jemaah Menteri semalam telah membincangkan isu berkenaan dan mendapati usul SOSMA itu tidak melanggar MoU antara kerajaan dan PH.

“Undang-undang yang terpakai bagi MoU berkenaan sebagai contoh adalah RUU Perbekalan Bajet atau RUU yang boleh menyebabkan hilang kepercayaan kepada kerajaan.

“Saya dapati pihak pembangkang hanya tidak bersetuju dengan usul berkenaan sahaja terutama bagi pelanjutan peruntukan penahanan 28 hari tanpa bicara,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan MyChampion peringkat kebangsaan, hari ini.

Katanya, dengan kegagalan kerajaan untuk melanjutkan usul SOSMA itu ia tidak bermakna kerajaan hilang kepercayaan.

Khairy berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak pembangkang bahawa mereka tidak bermaksud untuk menarik sokongan kepada MoU berkenaan.

Dewan Rakyat pada Rabu lalu telah menolak usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) selama lima tahun lagi dan mengekalkan tempoh tahanan selama 28 hari. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI