fbpx

Kamarudin ketuai delegasi Malaysia ke Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarudin

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar sekali lagi mengetuai delegasi negara untuk Forum Doha 2022 yang berlangsung di ibu negara Qatar itu selama dua hari.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, program edisi ke-20 itu bakal dirasmikan Amir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani, bertemakan Transformasi ke Era Baharu yang turut dihadiri Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Abdulla Shahid.

Acara tahunan itu dianjurkan Kementerian Luar Qatar bagi meneroka horizon diplomasi dengan merentasi pelbagai isu serantau dan sejagat berkepentingan secara bersama.

Kamarudin turut menjadi panel dalam sesi mengenai isu Indo-Pasifik bersama Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dan Menteri Luar Kedua Singapura, Dr. Mohamad Maliki Osman selain disertai Presiden Institut Korea mengenai Dasar Ekonomi Dunia, Heng Chong Kim dan Pengarah Program di Pusat Keselamatan Baharu Amerika Syarikat (AS), Lisa Curtis.

Forum tersebut juga dihadiri Pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi; bekas Setiausaha Negara AS, John Kerry dan bekas Menteri Luar Iran, Dr. Sayyid Kamal Kharrazi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI