fbpx

Cuaca cerah, tiada hujan di hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan rantau negara masih lagi menerima pengaruh angin daripada pelbagai hala dan keadaan ini boleh menyebabkan keadaan cuaca lembap pada waktu petang sehingga waktu malam.

MetMalaysia dalam laporan ramalan cuacanya pada pagi ini memaklumkan, imej gema radar pada ketika ini menunjukkan kebanyakan kawasan di semenanjung Malaysia pada pagi ini berada pada keadaan yang cerah dan tiada hujan.

“Keadaan yang sama turut diperhatikan di negeri Sabah, di mana tiada hujan yang dicerap pada ketika ini.

“Hujan di satu dua tempat kini hanya diperhatikan di sekitar bahagian Kapit dan juga Bintulu di negeri Sarawak dan dijangkakan akan beransur reda menjelang lewat pagi nanti,” katanya di sini hari ini.

Namun demikian, menjelang petang nanti MEtMalaysia menjangkakan keadaan cuaca yang agak lembab di sekitar negeri utara, pantai barat serta pedalaman negeri Kelantan dan juga negeri Pahang.

“Hujan beserta ribut petir turut diramalkan berlaku melibatkan bahagian pedalaman negeri Sabah serta di bahagian pedalaman dan juga barat negeri Sarawak.

“Harus diingatkan hujan yang berlaku di musim peralihan monsun boleh menyebabkan banjir kilat, angin kencang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI