fbpx

Utamakan graduan pendidikan jadi guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRADUAN pendidikan lebih terlatih selepas empat tahun menuntut ilmu dalam bidang berkaitan. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengutamakan graduan pendidikan yang terbukti memiliki jiwa sebagai pendidik untuk dilantik menjadi guru sekolah.

Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, graduan pendidikan adalah mereka yang terlatih untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai guru.

“Sebelum masuk universiti mereka telah memohon bidang sebagai seorang guru, jadi daripada segi sikap dan minat memang hendak jadi pendidik.

“Mereka belajar pendidikan selama empat tahun untuk jadi guru. Belajar psikologi murid dan pelajar sekolah, amalan pengajaran dan sebagainya.

“Graduan bukan pendidikan cuma dapat latihan ikhtisas setahun, daripada segi minat dan kemahiran sebagai pendidik adalah kurang berbanding graduan pendidikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan lebih 700 graduan pendidikan universiti awam yang kecewa kerana tidak diberikan peluang untuk menjadi guru menerusi pengambilan secara kontrak mahupun one-off baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, negara berdepan kerugian apabila graduan pendidikan yang diberi latihan secu­kupnya tidak digunakan untuk mendidik anak bangsa.

Menurut beliau, graduan pendidikan sukar mendapat pekerjaan dalam bidang lain sekiranya mereka tidak dapat menjadi guru selepas tamat pengajian.

“Walaupun graduan bidang lain mempunyai kemahiran dalam bidang teknikal dan sebagainya, tetapi untuk mendidik pelajar memerlukan kemahiran khusus.

“Graduan pendidikan telah dilatih dalam kedua-duanya iaitu untuk mengajar dalam bidang-bidang teknikal dan mereka telahpun bersedia untuk berkhidmat sebagai guru,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI