fbpx

Khuzaimi tagih bantuan rakan-rakan sepasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHUZAIMI

PEMAIN pertahanan negara, Khuzaimi Piee merasakan semua pemain yang akan diturunkan pada aksi menentang Singapura di Stadium Nasional Singapura malam ini sudah bersiap sedia untuk menghadirkan kemenangan kedua buat Harimau Malaya.

Walaupun dihujani pujian daripada penyokong tempatan, pemain Negeri Sembilan ini tetap bersikap ‘rendah diri’ dan tidak mahu namanya terus menjadi ‘topik bualan’ kerana kejayaan pasukan adalah berpaksikan kepada kerja berpasukan.

Sekiranya terus mendapat kepercayaan Kim Pan Gon, Khuzaimi nyata begitu teruja untuk membuat penampilan ketiga bersama Harimau Malaya, namun tetap menagih sokongan daripada barisan pemain lebih senior.

“Terima kasih kepada penyokong dan masa perlawanan dengan Filipina sebelum ini adalah hasil komitmen daripada semua pemain. Walaupun ia adalah penampilan kedua saya, tunjuk ajar pemain senior main peranan kepada persembahan saya.

“Saya percaya siapa pun yang akan diberi peluang pasti akan berikan aksi terbaik kerana kami tahu penyokong juga mahukan yang terbaik daripada pasukan,” katanya pada sidang akhbar atas talian semalam.

Pada aksi menentang Filipina lalu, Pan Gon jelas cipta kejutan apabila menyenaraikan Khuzaimi di posisi pertahanan tengah bersama Shahrul Saad dan penampilan pertamanya sejak 2016 nyata tidak mengecewakan sekali gus membuktikan percaturan jurulatih dari Korea Selatan itu adalah tepat.

Untuk rekod, Khuzaimie sebelum ini berada dalam senarai bersedia, namun dipanggil sertai pasukan bagi menggantikan Syahmi Safari yang diberi pengecualian kerana baharu saja mene­rima kelahiran bayi kembar tiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI