fbpx

Cadang beku akaun TH jika culas bayar nafkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im ketika bercakap pada sidang akhbar berhubung isu tahanan pendapatan dan penghakiman perintah nafkah bersama pembubaran perkahwinan di Kompleks Islam Putrajaya di sini, hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan mencadangkan supaya akaun Tabung Haji (TH) milik suami dan bekas suami yang culas membayar nafkah kepada anak-anak dibekukan.

Ketua Pengarah JKSM, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang juga Ketua Hakim Syarie berkata, sehubungan itu, beliau sedang mengatur pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin berhubung cadangan tersebut.

“Pertemuan ini adalah untuk melihat cadangan seterusnya bagaimana akaun TH suami dan bapa yang ada hutang nafkah kepada isteri dan anak-anak supaya boleh dibekukan untuk diselesaikan terlebih dahulu.

“Kita hendak memastikan suami dan bapa ini apabila pergi menunaikan ibadah haji, selesaikan dahulu hutang. Tak boleh pergi haji jika masih berhutang apatah lagi (hutang) dengan orang yang hampir dengan kita,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau memberitahu, langkah tersebut adalah untuk membantu suami yang zalim menunaikan hutang nafkah terlebih dahulu kepada anak-anak dan isteri.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada masa depan untuk menyiasat saham yang dimiliki suami atau bekas suami yang culas.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI