fbpx

Pertahan maruah isteri, pemandu bas dijel enam tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Melaka hari ini.

MELAKA – Hanya kerana mempertahankan maruah isteri dan anak-anaknya, seorang pemandu bas dipenjara enam tahun selepas mengaku salah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap rakannya dalam satu pergaduhan, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Maidzuara Mohammed menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, S. Saravanan, 44, selepas mengambil kira pengakuan bersalah dibuat selain mangsa merupakan individu yang memulakan pergaduhan.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan pertuduhan awal yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dipinda kepada Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan bagi pertuduhan pilihan.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh didakawa telah menyebabkan kematian PS. Satiaseelan, 41, dengan mengetahui perbuatannya mungkin menyebabkan kematian mangsa di Tasek Taman Murai Jaya, Durian Tunggal, Alor Gajah pada pukul 10.30 malam, 6 Ogos 2019.

Sabit kesalahan, tertuduh yang mempunyai empat anak boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muzila Mohamed Arsad manakala tertuduh diwakili peguam S. Paul Krishnaraja. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI