fbpx

Pusat hiburan tawar GRO warga asing RM1,000 diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Imigresen sedang melakukan pemeriksaan terhadap wanita warga asing yang disyaki GRO ketika serbuan malam tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi, di sini diserbu selepas dipercayai menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing mencecah harga RM1,000.

Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, seramai 19 warga Thailand dan dua warga Vietnam berusia 23 hingga 37 tahun dipercayai bekerja sebagai GRO diberkas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 100 individu terdiri daripada 79 warga tmepatan dan 21 warga asing yang berada di pusat hiburan berkenaan telah diperiksa.

“Hasil pemeriksaan, seramai 21 wanita warga asing serta empat warga tempatan termasuk seorang wanita yang bekerja sebagai pengurus, juruwang serta penjaga premis ditahan.

“Semakan mendapati tiga wanita warga Vietnam yang ditahan merupakan pemegang pas lawatan sosial serta isteri kepada individu tempatan dengan pas mereka masih lagi sah sehingga tahun depan,” ujarnya di lokasi serbuan malam tadi.

Menurutnya, semasa serbuan dijalankan terdapat pentas untuk mempamerkan GRO dan wanita-wanita berkenaan akan dipilih oleh pelanggan yang mahukan khidmat untuk menemani mereka.

“Pelanggan yang mahu khidmat wanita terbabit melayani mereka di tempat duduk akan dipakaikan dengan selempang dengan tanda harga RM100 hingga RM1,000.

“Bagi GRO yang menerima selempang pada harga RM1,000 dibenarkan membawa pulang wanita berkenaan untuk tempoh satu malam,” ujarnya.

Siasatan awal turut mendapati pusat hiburan yang menawarkan kegiatan karaoke itu beroperasi secara sembunyi memandangkan aktiviti hiburan tidak dibenarkan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI