fbpx

Unit berkuda, K9 ditempatkan di sempadan Malaysia-Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis Kelantan meningkatkan kawalan sempadan dengan menempatkan Unit Berkuda dan Unit Anjing Pengesan (K9) di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selain itu, pihaknya juga akan menggunakan teknologi dron dalam usaha mengekang kegiatan jenayah di sempadan.

Menurut beliau, pendekatan itu dilakukan seperti yang disarankan pucuk pimpinan tertinggi memandangkan Kelantan berdekatan dengan sempadan Thailand.

“Antara isu yang kerap dibangkitkan termasuklah penyeludupan, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sebagainya.

“Jika tiada aral melintang, kita akan mrlancarkan Unit Berkuda, K9 dan dron pada hujung bulan ini,” katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan sempena Sambutan Hari Polis ke-215 Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI