fbpx

5,000 permohonan bantuan banjir meragukan dalam semakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banjir di Shah Alam baru-baru ini. -Gambar hiasan

KLANG – Kira-kira 5,000 permohonan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) masih dalam semakan disebabkan mempunyai data yang meragukan.

Ini termasuk rumah yang tidak terlibat dalam kejadian bencana banjir sebelum ini, namun tetap membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan tersebut.

Pegawai Daerah dan Tanah (PDT) Klang, Mohd.Faizal Abdul Raji berkata, pihaknya menghadapi desakan daripada pemohon sehingga menimbulkan gangguan termausk menerusi aplikasi WhatsApp.

“Saya sudah memaklumkan kepada pihak terbabit bahawa permohonan BSB mereka ditolak kerana tidak layak berdasarkan syarat ditetapkan, namun mereka terus mendesak.

“Ada kes di daerah ini melibatkan pemohon yang mana tempat tinggal mereka tidak terkesan dengan banjir seperti kawasan kejiranan mereka,” katanya ketika ditemui sempena sambutan Hari Polis peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI