fbpx

Agong zahir ucapan selamat Hari Polis ke-215

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan yang dimuat naik di laman Facaebook Istana Negara

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Polis ke-215 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk veteran dan pesara polis.

Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PDRM atas khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan dalam memikul amanah dan tanggungjawab memelihara keamanan negara dan rakyat Malaysia.

Seri Paduka Baginda turut menyanjung tinggi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga dan pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah, masa dan situasi.

“Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

“Beta juga mendoakan agar seluruh warga PDRM dirahmati dan dilindungi Allah SWT daripada segala bentuk ancaman dan musibah serta para pahlawan negara yang telah terkorban ditempatkan bersama para solihin, ” titah Al-Sultan Abdullah dalam kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Istana Negara hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI