fbpx

Kerajaan sediakan Skim Insurans Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia selepas merasmikan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Perlis 2022 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar. Turut serta Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man (kiri), Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali (dua dari kanan) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid (kanan) -SHAHIR NOORDIN

KANGAR – Kerajaan bersetuju menyediakan Skim Insurans Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negara dengan melibatkan kos sebanyak RM13.4 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di bawah skim tersebut, kesemua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dalam sistem e-Kasih diberi perlindungan insurans.

“Ia melibatkan sebanyak 268,000 keluarga miskin dengan premium RM50 setahun dengan kos sebanyak RM13.4 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat negeri Perlis yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim selaku menteri peneraju JAKM peringkat Perlis; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Mengulas lanjut, kata beliau, sekiranya KIR meninggal dunia disebabkan kematian biasa, keluarga akan mendapat manfaat RM10,000.

“Manfaat bagi keilatan kekal juga RM10,000 sementara yang meninggal dunia akibat kemalangan RM20,000,” ujarnya.

Menurut beliau, Pru-takaful BSN menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu sejak 2018 memberi perlindungan insurans RM30,000 secara percuma bagi KIR yang berdaftar menerusi e-Kasih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI