fbpx

YEG Academy anjur kempen memilih kursus pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fikri pada majlis pelancaran kempen anjuran YEG Academy di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – YEG Academy  menganjurkan kempen YEG Pesta Sambung Belajar #jangansalahpilihbidang sebagai tujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan muda tentang kursus yang memiliki peluang lebih besar untuk mendapatkan pekerjaan.

Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa kolej terbabit, Mohamad Fikri Hasbi berkata, pemilihan kursus adalah perkara penting bagi mengelakkan daripada seseorang pelajar itu berhenti belajar di separuh jalan kerana tidak meminati bidang tersebut.

Menurut beliau, kebanyakan pelajar memilih kursus kerana lebih terpengaruh dengan nasihat rakan sebaya dan teman rapat.

“Ada pengaruh yang bersifat positif, namun mereka juga tidak terlepas daripada ajakan  negatif selain itu ada juga yang mahu belajar di institusi pengajian tinggi yang popular sahaja.

“Niat murni kami adalah untuk memupuk dan memberi kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kepentingan memilih kursus yang betul untuk melanjutkan pelajaran tinggi bagi mengelakkan peningkatan kadar pengangguran di Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Majlis pelancaran kempen sambung belajar anjuran YEG Academy.

Menerusi kempen tersebut, YEG Academy akan memaklumkan tentang kepentingan setiap kursus yang ditawarkan kolej ini,” katanya.

Selain itu, Mohamad Fikri menerangkan, pihaknya akan menawarkan sebanyak RM 12.5 juta dermasiswa kepada 5,000 pelajar terawal yang mendaftar di kolej berkenaan.

“Kolej kami juga memberikan sijil percuma iaitu, Sijil Kemahiran Industri (SKiN) yang bernilai RM 6000.

“Di dalam kempen dianjurkan, terdapat penglibatan pelbagai pakar daripada setiap industri yang akan membantu pelajar untuk mengasah kemahiran mereka,” jelasnya.

Tambah beliau, lebih menarik, bagi mereka yang mengambil Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) akan diberikan peluang untuk melaksanakan latihan industri di Mekah dan Madinah dengan bimbingan dan kerjasama Andalusia Travel and Tours.

“Kolej ini terus optimis untuk memperkenalkan bidang lain yang mempunyai pasaran kerjaya yang tinggi sekali gus membantu golongan muda untuk mendapat pendidikan yang berkualiti pada masa kini dan hadapan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI