fbpx

Tiga premis judi online dipotong bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi pemotongan bekalan elektrik terhadap premis judi online.

SABAK BERNAM – Tiga premis yang menjalankan kegiatan judi atas talian di sekitar daerah ini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak berkuasa hari ini.

Operasi pemotongan fasa pertama itu dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Sungai Besar, bermula kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, premis yang dikenakan tindakan itu masing-masing dua di sekitar Sungai Haji Dorani dan satu di Bagan Sekinchan.

Kata beliau, pihaknya menjalankan operasi pemotongan bekalan elektrik itu mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Tindakan tegas itu dilakukan susulan serbuan dan tangkapan berkaitan aktiviti perjudian online pada tahun lalu.

“Sepanjang tempoh berkenaan, kita menyerbu sebanyak 17 premis menerusi
Op Dadu dan Op Judi Online serta menahan 17 individu berusia 30 hingga 55 tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, kesemua tangkapan itu sudah didakwa di mahkamah mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – KOSMO!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI