fbpx

Indonesia benarkan solat tarawih berjemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
okowi mengumumkan kebenaran solat tarawih berjemaah di masjid pada bulan puasa dan aktiviti mudik lebaran bersyarat bagi rakyat Indonesia. - Biro Istana Presiden

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengumumkan dua aktiviti yang kembali dibenarkan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal akan datang, lapor akhbar Kompas, semalam.

Dua aktiviti tersebut adalah pelaksanaan solat tarawih berjemaah di masjid dan kebenaran untuk pulang beraya di kampung atau mudik lebaran.

Namun begitu, Jokowi menegaskan aktivit berbuka puasa beramai-ramai dan penganjuran rumah terbuka sempena Aidilfitri bagi badan pemerintah masih tidak dibenarkan.

“Rakyat boleh menunaikan ibadah tarawih di masjid seperti biasa sepanjang Ramadan kali ini.  Bagi mudik lebaran, anda perlu mematuhi beberapa syarat ditetapkan termasuk menerima dos penggalak.

“Acara berbuka puasa dan rumah terbuka Syawal bagi mana-mana badan pemerintah adalah masih tidak dibenarkan,” tegas Jokowi.

Tambah Jokowi, beliau berharap masyarakat terus mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan agar situasi pandemik yang semakin pulih dapat dikekalkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI