fbpx

Hujan lebat hampir di semua negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang berlaku di hampir semua negeri malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan terlibat adalah keseluruhan negeri Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa kawasan di Sabah serta Sarawak.

“Hujan lebat turut dijangka berlaku di Kedah melibatkan sekitar Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim serta Bandar Baharu manakala di Negeri Sembilan pula melibatkan daerah Jelebu dan Seremban.

“Selain itu, cuaca yang sama bakal melanda negeri Perak di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, cuaca buruk dijangka berlaku di Selangor termasuk Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat serta Sepang manakala di Johor pula melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Jelasnya, kawasan Pantai Timur yang terlibat adalah Terengganu di daerah Hulu Terengganu manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh.

“Dalam pada itu, di Sabah cuaca buruk bakal melanda di Pantai Barat sekitar Tuaran, Ranau, Kota Belud serta Tawau dan Kudat (Kota Marudu).

“Di Sarawak pula, kawasan terlibat adalah Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang,” ujarnya lagi.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI