fbpx

Ingatkan harimau terlepas, rupanya patung mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patung harimau yang disangka haiwan sebenar. - Facebook

LONDON – Satu panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai seekor harimau yang dipercayai berkeliaran di sebuah kawasan kejiranan bertukar lucu apabila ia sebenarnya hanyalah patung mainan.

Menurut laporan agensi berita United Press International, pihak polis di Oldham, England menerima panggilan kecemasan daripada individu yang memberitahu ternampak seekor harimau sedang berehat di sebuah taman di kawasan kejiranannya.

Polis tiba di lokasi yang dinyatakan tidak lama selepas itu dan mengesahkan harimau itu adalah sebenarnya patung mainan.

Laman Facebook GMP Oldham Central memuat naik foto patung harimau it dan memaklumkan ia sudah ‘ditahan’ polis.

“Tony (harimau)  kini selamat ditempatkan di balai Polis Oldham,” tulis laman Facebook itu dalam nada bergurau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI