fbpx

Johor sambut baik buka sempadan 1 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri dan Hsien Loong

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri menyambut baik pembukaan semula sempadan antarabangsa membabitkan Johor-Singapura bermula 1 April ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya di Singapura, Lee Hsien Loong yang telah mengumumkan berita baik ini buat bangsa Johor dan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

Beliau berkata, pembukaan sempadan itu akan menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan negeri Johor yang memberi impak positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan kehidupan rakyat.

“Syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran bangsa Johor dan rakyat Malaysia selama lebih 20 bulan, akhirnya sempadan Johor-Singapura akan kembali dibuka pada 1 April ini.

“Sejajar dengan peralihan kehidupan fasa mendepani pandemik Covid-19, kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk membuka sepenuhnya sempadan darat kedua-dua negara bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi.

“Ini pastinya akan menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan negeri Johor yang memberi impak positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan kehidupan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz telah berjumpa dan berbincang dengan Ismail Sabri tentang pembukaan semula sempadan Johor-Singapura.

Dalam pada itu, Hsien Loong dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya pula memberitahu, republik berkenaan sedang merangka perincian berhubung pembukaan sempadan kedua-dua negara terlibat.

“Memandangkan kedua-dua negara telah mencapai kemajuan dalam menguruskan wabak Covid-19, kami bersetuju untuk terus membuka semula sempadan darat dan udara kami.

“Langkah utama ke arah hidup dengan Covid-19 ini akan membantu kedua-dua negara bangkit lebih kuat daripada krisis.

“Kami sedang mengusahakan perinciannya dan ianya akan diumumkan dalam masa terdekat,” jelasnya pula.

Sebelum ini, Ismail Sabri memberitahu Malaysia akan membuka semula sempadan antarabangsanya bermula 1 April ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI