SEOUL – Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) hari ini, kata Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, kali pertama sejak Pyongyang melancarkan senjata kuat itu sejak 2017.
Pelancaran ICBM itu merupakan satu daripada hampir 12 ujian peluru berpandu yang dilakukan Korea Utara setakat ini bagi tahun ini.
“Ia merupakan pelanggaran penggantungan pelancaran ICBM yang dijanjikan oleh Kim Jong-un kepada masyarakat antarabangsa.
“Ia juga memberi ancaman serius kepada Semenanjung Korea, rantau dan masyarakat dunia,” kata Jae-in sambil menambah tindakan itu sebagai mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pyongyang sebelum ini menghentikan seketika ujian peluru berpandu jarak jauh ketika Jong-un memulakan rundingan berprofil tinggi dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Rundingan itu gagal pada 2019 dan langkah diplomasi telah ditamatkan sejak itu.
AS dan Korea Selatan baru-baru ini memberi amaran bahawa Pyongyang seperti sedang bersiap sedia untuk menguji ICBM pada skala penuh. – AFP