fbpx

Kelantan keluar dana RM10 juta atasi banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tengah) berbual dengan penduduk kampung yang hadir semasa Program Jjupo Mata Bersama Rakyat dan Pengiystiharan Taman Bandar Tumpat di Kampung Baru Nelayan, Tumpat hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

TUMPAT – Kerajaan negeri Kelantan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk menjalankan kerja-kerja menyelenggara atau membaik pulih sistem perparitan di negeri ini bagi mengatasi masalah banjir kilat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diadakan semalam.

“Dalam mesyuarat itu, kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak RM10 juta untuk menangani masalah banjir kilat khususnya di Kota Bharu yang sering berlaku masalah berkenaan apabila hujan lebat.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan telah diberikan tanggungjawab untuk melakukan pembersihan, mendalamkan dan pembinaan longkang baharu di kawasan yang dikenal pasti bermasalah semasa hujan lebat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Jjupo Mata Bersama Rakyat dan Pengiystiharan Taman Bandar Tumpat di Kampung Baru Nelayan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu, JPS juga sedang mengenal pasti saluran air utama di semua kawasan untuk dibersih dan dinaik taraf bagi membolehkan aliran air sekali gus mengelakkan banjir kilat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI