fbpx

Mekanik mengaku tidak bersalah kes penipuan jual beli kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditangkap kerana terlibat dalam 15 kes penipuan jual beli kereta melalui Facebook melibatkan jumlah kerugian melebihi RM50,000.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

SIBU – Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan terlibat dalam sembilan kes penipuan jual beli kereta melalui Facebook yang dilaporkan di daerah ini.

Suspek yang berusia 33 tahun itu dihadapkan ke mahkamah atas 21 pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan dua pertuduhan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan dibacakan oleh pegawai pendakwa Inspektor Badrul Iskandar Selamat di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali, dan Pegawai Pendakwa Inspektor Awang Iswandi Awang Mahmuddin di hadapan Majistret Muhammad Faizal Che Saad.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintenden Maria Rasid berkata, suspek yang berasal dari Kuching, telah ditahan oleh pihak polis pada 3 September lalu.

“Suspek ditangkap kerana terlibat dalam 15 kes penipuan jual beli kereta melalui Facebook yang dilaporkan di daerah Sibu, Bintulu, Saratok, Sri Aman dan Kota Samarahan melibatkan jumlah kerugian melebihi RM50,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mahkamah telah menawarkan jaminan tunai RM20,500 dengan dua penjamin tempatan bagi kesemua 23 pertuduhan, namun tertuduh gagal membayar wang jaminan dan tidak dapat menyediakan dua penjamin tempatan.

Tertuduh kemudian telah ditahan reman sementara di Penjara Sibu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI