fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di tujuh buah negeri sehingga pukul 5 petang nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran ribut petir melibatkan negeri Kedah termasuk sekitar Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain itu, cuaca yang sama dijangka berlaku di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Cuaca buruk turut melanda di seluruh Kuala Lumpur manakala di Selangor pula melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” ujarnya.

Katanya, penduduk di Pahang juga perlu berwaspada ekoran hujan lebat di sekitar Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

Sementara itu, Sarawak bakal mengalami ribut petir serta hujan lebat termasuk Meradong di Sarikei, seluruh daerah Sibu, Mukah melibatkan Tanjung Manis, Daro, Matu, Dalat serta Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

Jelasnya, cuaca yang sama turut melanda Sabah di Pedalaman melibatkan Sipitang, Kuala Penyu serta Beaufort manakala Pantai Barat pula di Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI