fbpx

Boleh didenda RM10,000 lepaskan spesies ikan asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (tengah) dan Noraishah (kanan)melepaskan benih ikan dan udang galah dalam Sungai Perak di Batu Limbong Bendang Kering Kuala Kangsar -FOTO WAT KAMAL ABAS

KUALA KANGSAR – Jabatan Perikanan negeri Perak dalam proses meminda Kaedah-kaedah Perikanan (sungai) 1992 dengan menambah peruntukan larangan melepaskan spesies ikan asing ke perairan umum.

Agensi itu juga turut berusaha mendapatkan pewartaan Kaedah-kaedah Perikanan (akuakultur perikanan darat) pada kerajaan negeri sebagai langkah pemantauan dan penguatkuasaan.

Spesies ikan asing berbahaya yang sering dijumpai seperti ikan bandaraya, tilapia, patin Siam, peacock bass dan udang kara air tawar.

Turut dikesan sejak kebelakangan ini ialah ikan baung ekor merah asia dan patin high fin yang boleh menjangkau saiz gergasi dan bersifat pemangsa

Pengarahnya, Noraishah Hashim berkata, draf tersebut kini pada peringkat akhir sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI