fbpx

31 kes positif, tiga kluster rekod pertambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan 31 kes menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,946 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, 28 kes adalah penularan tempatan manakala tiga lagi adalah kes import.

Menurutnya, daripada 28 kes tersebut, 23 kes adalah di Sabah dengan 17 daripadanya dilaporkan di Kluster Benteng LD.

“Enam kes lain adalah saringan berbeza yang antara lain melibatkan saringan warga emas di Klinik Kesihatan Merotai, kes saringan jangkitan pernafasan akut teruk di Hospital Lahad Datu dan kes saringan prapembedahan yang dimasukkan ke Hospital Kudat.

“Selain itu, ia membabitkan kes saringan rujukan di Hospital Tawau, kes saringan kontak rapat iaitu dia anak kepada kes ke-9,454 dan kes saringan tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat pertambahan empat kes bagi Kluster Bunga di Negeri Sembilan menjadikan 10 kes positif dalam kluster tersebut.

Katanya, pertambahan kes juga turut membabitkan Kluster Sungai dengan satu kes baharu menjadikan 58 kes dikesan positif dalam kluster itu.

Noor Hisham berkata, tiga kes import pula dari Indonesia yang melibatkan dua warganegara dan satu warga Indonesia. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI