fbpx

Rumah Aliff Syukri terbakar gara-gara ‘power bank’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF sekeluarga melalui situasi cemas apabila sebuah bilik di rumah mereka terbakar gara-gara power bank.

PETALING JAYA – Rumah usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri terbakar gara-gara ‘power bank’ yang ditinggalkan di atas tilam di dalam bilik oleh salah seorang pekerjanya.

Kejadian yang berlaku pada malam tadi membuat mereka sekeluarga dan pekerja yang tinggal di rumah berkenaan panik, namun bersyukur kerana terselamat selepas menyedari kebakaran tersebut lebih awal.

“Pengalaman yang menakutkan saya apabila mendengar jeritan daripada anak-anak, pengawal, pembantu peribadi, pembantu rumah dan tukang kebun.

“Melihat asap naik ke atas ketika saya sedang berada dalam tandas, tidak perasan langsung ada kebakaran. Orang ketuk-ketuk pintu dan menjerit, saya lintang pukang lari sampai tidak cukup tanah.

“Sudahlah rumah saya besar sangat, saya lari sampai tidak jumpa jalan keluar, waktu itu Tuhan saja tahu,” ujar Aliff Syukri yang turut memuat naik video kebakaran dalam Instagramnya.

Tambah Aliff, ketika kejadian dia hanya terfikir untuk menyelamatkan diri dan keluarganya sahaja.

“Waktu itu saya hanya terfikir hendak selamatkan nyawa keluarga saya. Sudah tidak fikir jam tangan mahal, rumah mahal. Saya buntu dan menggelabah,” ujar Aliff lagi.

Dalam pada itu, isterinya Datin Shahida atau nama sebenarnya Nur Shahida Mohd. Rashid berharap kejadian tersebut menjadi pengajaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati menggunakan ‘power bank’.

“Ya Allah syukur, nasib perasan sebab ada bau asap, rupa-rupanya berpunca daripada ‘power bank’.

“Kalian hati-hati, kadang-kadang kita tidak sangka benda kecil pun menjadi punca, jangan pula kata saya gimik hendak bakar rumah untuk buat ‘content’.

“Bilik pekerja saya Idris yang terbakar, selepas ini ‘power bank’ kalau tengah panas lepas cas jangan letak atas katil.

“Alhamdulillah, kami semua selamat. Paling kecoh Aliff, api sudah padam baru hendak telefon bomba,” kongsi Shahida.

Jelas ibu kepada lima orang anak itu lagi, paling penting adalah jangan panik ketika kebakaran berlaku kerana boleh menyebabkan terlupa semua perkara asas untuk menyelamatkan diri.

“Pemadam api ada tetapi apabila sudah panik kita pun lupa rumah kita ada, ingat air saja dalam kepala,” tulis Shahida dalam Instagramnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI