fbpx

460 daripada 607 kematian tiada kaitan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan sebanyak 460 daripada 607 kematian penerima vaksin Covid-19 tidak mempunyai hubung kait secara langsung dengan vaksin yang diterima melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, penyiasatan dan penilaian dilakukan Jawatankuasa Khas Farmakovigilans Vaksin Covid-19 (JFK) mengesahkan perkara tersebut.

Manakala baki 147 laporan itu, menurut beliau masih dalam proses penyiasatan sebelum dinilai JFK.

“Jumlah kematian itu adalah antara jumlah keseluruhan laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) yang diterima melibatkan 1,794 laporan.

“Ia bersamaan kadar 26 laporan bagi setiap sejuta dos yang dikategorikan sebagai AEFI serius berdasarkan klasifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI