fbpx

Adek, Beradek dapat adik baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK tapir Malaya yang selamat dilahirkan oleh Mala di PKHL Sungai Dusun, Selangor pada Isnin lalu. - Foto ihsan Perhilitan

PUTRAJAYA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tampil berkongsikan gambar-gambar eksklusif seekor anak tapir yang baru dilahirkan pada Isnin lalu.

Menerusi hantaran akaun sosial rasmi agensi tersebut, mamalia comel betina itu telah selamat dilahirkan di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun, Hulu Selangor.

Tenuk Malaya yang seberat 8.85 kilogram itu ujar Perhilitan, merupakan anak bongsu kepada pasangan induk dewasa dengan bapanya dikenali sebagai Boy manakala ibunya ialah Mala.

Agensi berkenaan turut memaklumkan anak tapir tersebut, dari spesies Tapirus indicus yang cuma terdapat di Asia Tenggara, kini berada dalam keadaan baik dan sihat di premis PKHL.

Sebelum ini Perhilitan pada 21 Januari 2020 lalu melaporkan Mala berjaya melahirkan Adek, selepas beberapa tahun pasangan itu menyambut anak sulung mereka dinamakan Beradek. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI