fbpx

Zynakal kena ‘sidai’, RM100,000 miliknya lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi rap Zynakal berputih mata, apabila wang miliknya sebanyak RM122,100.84 hilang dipercayai diambil oleh orang yang terdekat dengannya.

Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 23, meluahkan perasaan kecewanya menerusi satu posting di Instagram malam tadi.

“Asyik kena pijak saja, penatlah. Lama sangat aku diam, tapi bagi muka kena pijak.Kalau RM10 aku boleh saja halalkan, ini segala duit aku hilang.

“Nak aku beritahu saya yang rembat (curi) duit aku,” tulis Zynakal.

Lebih membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu Sakit itu berang, individu yang mengambil wangnya hanya meninggalkan baki wang sebanyak RM19.15 di dalam akaun banknya.

Difahamkan kesemua wang tersebut adalah hasil pendapatan Zynakal sebagai penyanyi dan komposer.

Malah, wang royaltinya berjumlah RM12,516.55 yang diperolehi daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) untuk tahun 2020 juga hilang diambil individu berkenaan.

Biarpun penyanyi itu tidak mendedahkan identiti individu yang mengambil wangnya, namun menerusi satu perkongsian dalam Insta Story, Zynakal membuat naik tangkap layar kontrak tentang pembayaran yang telah tamat tempoh pada 15 Oktober tahun lalu.

Sehubungan itu, dipercayai individu tersebut adalah orang yang terdekat dan bekerjasama dengannya.

“Kau yang buat kontrak lepas itu kau yang sidai, sudah tahun 2022,” tulis Zynakal.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat meminta Zynakal untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan memandangkan sebelum ini ramai yang telah menjadi mangsanya.

Sebelum Zynakal, penyanyi Andi Bernadee juga pernah berdepan dengan kemelut yang sama apabila wangnya sebanyak RM70,000 hilang diambil kenalan rapatnya dan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI