fbpx

Covid-19 : 22,491 kes, 65 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 22,491 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,054,926 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 382 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (10,240 kes), Kuala Lumpur (1,991 kes), Pulau Pinang (1,299 kes), Sarawak (1,252 kes), Kedah (1,240 kes), Perak (1,213 kes), Negeri Sembilan (1,116 kes) dan Johor (1,031 kes).

“Seterusnya, Pahang (892 kes), Melaka (573 kes), Kelantan (516 kes), Terengganu (492 kes), Sabah (388 kes), Perlis (106 kes), Labuan (73 kes) dan Putrajaya (69 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 65 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 34,600 kes serta sebanyak 15 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,284 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI