fbpx

Kesalahan merokok : JKN NS keluar kompaun RM261,650

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Farid (tengah) sedang memerhatikan pegawai diberikuasa sedang mengeluarkan kompaun kepada perokok di salah sebuah restoran di sini hari ini. FOTO : MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKN NS) mengeluarkan kompaun sebanyak RM261,650 dalam 462 operasi bersepadu larangan merokok di tempat awam yang dijalankan bermula Januari 2021 hingga 21 Mac 2022 di negeri ini.

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Mohammad Faid Abd Rashid, sepanjang tempoh itu pihaknya telah melaksanakan operasi bersepadu di peringkat negeri dan daerah yang melibatkan 10,110 premis.

Katanya, hasil keseluruhan operasi itu sebanyak 892 Notis Memerintahkan Kehadiran Ke Mahkamah (Seksyen 32B) yang boleh dikompaun bernilai RM261,650 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004).

“Sebanyak 346 operasi bersepadu di peringkat negeri dan daerah telah dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan yang melibatkan 7,957 premis pada tahun 2021.

“Manakala, dari 1 Januari 2022 sehingga 21 Mac 2022, sebanyak 116 operasi bersepadu di peringkat negeri dan daerah telah dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan yang melibatkan 2,153 premis,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar Operasi Larangan Merokok di Negeri Sembilan di Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI