fbpx

Usul lanjut Subseksyen 4(5) SOSMA gagal dapat persetujuan Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Usul kerajaan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi tempoh lima tahun lagi gagal melepasi undi belah bahagi di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara tersebut diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas sesi undian itu berakhir petang tadi.

Menerusi undian tersebut, usul yang dikemukakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hanya mendapat 84 undi bersetuju, manakala seramai 86 lagi Ahli Parlimen tidak bersetuju.

Tambah beliau, seramai 50 Ahli Parlimen lain pula tidak hadir semasa undian tersebut dijalankan.

“Ini keputusan undian belah bahagian untuk usul dikemukakan menteri yang bersetuju 84, yang tidak bersetuju 86, tidak hadir 50. Maka usul tidak dipersetujui,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Kegagalan usul itu menyebabkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak dapat melanjutkan kuat kuasa Subseksyen 4(5) bermula 31 Julai depan.

Subseksyen itu bagi membolehkan polis terus menggunakan kuasa khas di bawah subseksyen itu, untuk melanjutkan tempoh penahanan individu yang ditangkap dan ditahan di bawah SOSMA sehingga 28 hari.

Terdahulu, usul yang dikemukan Hamzah itu dibahaskan oleh 19 orang Ahli Parlimen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI