fbpx

Kastam lupus dadah RM48 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah seberat 1, 200 kilogram dilupuskan dengan kaedah pembakaran menggunakan insinerator di sini hari ini.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

KUALA LANGAT – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melupuskan dadah bernilai RM48 juta
hari ini yang dirampas pihaknya di seluruh negara pada tahun 2018.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Johari Alifiah berkata, proses pelupusan dadah jenis methamphetamine dan heroin seberat 1,200 kilogram (kg) itu menggunakan kaedah pembakaran menggunakan insinerator.

“Barang kes tersebut adalah hasil rampasan Cawangan Narkotik JKDM pada tahun 2018 yang kesnya telah diselesaikan dan mendapat arahan pelupusan daripada pihak mahkamah.

“Proses pembakaran ini dilakukan dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan,” katanya
pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, pelbagai modus operandi dikesan pihaknya yang digunakan oleh sindiket penyeludupan dadah ini termasuk menggunakan khidmat kurier dan kontena.

Johari menegaskan berdasarkan statistik sebanyak 109 kes direkodkan bagi tahun 2018 dengan melibatkan dadah seberat 4,606 kg dan nilai rampasan mencecah RM157.618 juta.

“Kita mendapati jumlah kes terus meningkat pada tahun lalu kepada 198 kes dengan nilai rampasan dadah bernilai RM790.63 juta.

“Selain itu, sebanyak 389 kes direkodkan sehingga Ogos tahun ini dengan berat dadah 4,760 kg serta nilai rampasan RM109.96 juta,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI