fbpx

Dari Dapur Binjai Perdana KLCC tawar kambing golek berempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Kuala Lumpur City Centre (Perdana KLCC) menyediakan lebih daripada 150 juadah berbuka puasa dengan menampilkan menu popularnya, kambing golek berempah.

Pengurus Hotel, Zakaria Ismail berkata, menu berbuka puasa dengan konsep Dari Dapur Binjai itu bakal membawa memori lama dan nostalgia menikmati makanan dari air tangan bonda dan nenda di kampung halaman pada bulan Ramadan.

Bersandarkan tema tersebut, pasukannya yang berpengalaman bakal menyediakan pelbagai juadah iftar yang menyelerakan bermula daripada hidangan utama hinggalah kepada pencuci mulut dan minuman.

“Antara menu tersebut adalah ketam lemak berlada, da­ging rendang Minang, ayam percik, ayam golek, kambing opor Bali, udang sambal tumis dan hidangan pencuci mulut se­perti ais kacang, cendol, apam balik, waffle dan pelbagai juadah enak yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran dan prebiu bufet Ramadan di Perdana KLCC baru-baru ini.

Zakaria menerangkan, lebih menarik pada tahun ini, pe­ngunjung akan menikmati hidangan berbuka puasa di restoran baharu yang telah diubahsuai dan terletak di tingkat satu hotel berkenaan.

Restoran 10 Binjai yang berkonsepkan moden kontemporari itu boleh memuatkan kira-kira 250 orang dalam satu-satu masa.

Harga pembelian awal bufet Ramadan sehingga 2 April ini adalah RM100 seorang dewasa tetapi selepas tarikh tersebut, harga yang ditawarkan adalah RM118. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI