fbpx

Bapa masih di bawah runtuhan, anak mulai rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wak UDA (dua dari kiri) menerima sumbangan semasa kunjungan BN Gopeng di Kampung Jelintoh semalam.

IPOH – Tiada apa yang diharap­kan oleh seorang isteri daripada terus berdoa agar suaminya yang masih hilang dalam kejadian runtuhan kuari di Keramat Pulau di sini pada 8 Mac lalu ditemui.

Wak Uda Bah Kim, 41, berkata, dia tetap tabah untuk menantikan sebarang berita mengenai operasi mencari suaminya, Itam Bah Lasoh, 43, walaupun sedar peluang untuk melihat pasangannya masih hidup sangat tipis.

Katanya, sejak kejadian runtuhan kuari di tempat suaminya bekerja lebih dua minggu lalu, dia dan ahli keluarga hanya mampu menitipkan doa agar penantian itu berakhir.

Itam bersama seorang lagi mangsa, Kheow Loo Siew Soon, 49, masih belum ditemui walaupun operasi mencari kini mema­suki hari ke-15.

“Saya masih berasa sedih. Saya berdoa kepada Tuhan agar suami segera ditemui walaupun masa semakin singkat.

Berita berkaitan: Guna alat pengesan logam cari mangsa kuari

“Begitu juga dengan kesemua empat anak saya yang berusia dua hingga 15 tahun. Mereka sangat rindukan bapa selepas beberapa hari tidak bertemu,” ujarnya.

Sejak insiden yang menimpa suaminya, Wak Uda mengakui semua urusan keluarga terma­suk keperluan makan minum terpaksa ditanggungnya seorang diri.

Berita berkaitan: Batu 200 tan rumitkan cari mangsa

Selain empat anak, turut tinggal bersama keluarga itu ialah ibu dan bapanya yang telah uzur.

Wak Uda yang tinggal di Kampung Jelintoh, Gopeng di sini semalam diziarahi wakil Barisan Nasional Gopeng diketuai Naib Ketua MCA Bahagian Gopeng, Cally Ting.

Pada ziarah tersebut, keluarga berkenaan telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai bagi meringankan beban keluarga.

Kosmo! pada 9 Mac lalu me­laporkan kejadian pada pukul 9.15 pagi itu menyebabkan dua mangsa tertimbus di bawah runtuhan kuari, manakala dua mang­sa yang lain dikenali sebagai Mohd. Razli Suhaimi, 35, serta Pan Tam, 38.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI