fbpx

Suami isteri ditahan reman bocorkan tender LLM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini bersama isterinya direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes bocorkan maklumat tender LLM bernilai lebih RM1.2 juta.

PUTRAJAYA – Sepasang suami isteri ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bocorkan maklumat tender Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bernilai lebih RM1.2 juta.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Tuan Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, kedua-dua suspek berusia 44 dan 42 tahun itu ditahan SPRM petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Menurutnya, suspek wanita yang juga seorang pengarah dikatakan terbabit dalam pemilihan kontrak LLM.

“Suspek wanita itu juga dipercayai membocorkan maklumat tender bernilai RM1.2 juta kepada suaminya sebagai balasan syarikat milik suaminya.

“Difahamkan, syarikat suaminya pernah dilantik sebagai sub kontraktor kepada satu lagi syarikat yang berjaya mendapat projek berkaitan sistem elektronik pada tahun 2020,” katanya.

Katanya, Kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI