fbpx

Pusat kuarantin pekerja asing sedia beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

PUTRAJAYA – Pusat-pusat kuarantin pekerja asing bertempat di Lembah Klang telahpun dikenal pasti serta bersedia untuk menerima golongan tersebut mengikut piawaian Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan, ia selaras dengan pengumuman beliau sebelum ini bahawa majikan boleh membuat permohonan tempahan slot kuarantin pekerja asing menerusi laman web www.fwcms.com.my.

Katanya, ia boleh dilakukan setelah pekerja warga asing lulus pemeriksaan kesihatan dan dikeluarkan Visa Dengan Rujukan (VDR).

“Selain itu, pekerja warga asing juga perlu mengikuti latihan induksi selama 48 jam selepas ketibaan di Malaysia yang akan dilaksanakan oleh HRD Corporation, salah satu agensi di bawah KSM.

“Ini adalah bagi memberikan penjelasan kepada pekerja warga asing yang baru tiba berhubung hak-hak perburuhan dan mekanisme aduan aspek perburuhan yang telah diwujudkan oleh KSM iaitu aplikasi Working for Workers,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Saravanan, perincian mekanisme pelaksanaan bagi latihan induksi tersebut akan diumumkan sedikit masa lagi.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 November 2021 telah bersetuju bahawa semua aspek pengambilan pekerja asing dari negara sumber menggunakan sistem sedia ada iaitu Sistem Pengurusa Berpusat Pekerja Asing (FWCMS).

Malah, katanya, platfom FWCMS itu juga akan digunakan bagi tujuan pemantauan pekerja warga asing yang tiba di Malaysia selaras dengan SOP Kemasukan Pekerja Asing bagi semua sektor.

“KSM bertanggungjawab dalam kemasukan pekerja asing untuk semua sektor ke negara ini termasuk aspek kuarantin seperti mana keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri tersebut.

“Hanya aspek kemasukan seperti pematuhan kepada syarat-syarat Jabatan Imigresen berada di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI