fbpx

CSR punca banjir di Chegar Medang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air Sungai Benus didakwa akan melimpah ke kawasan perumahan di Chegar Medang, Bentong apabila hujan lebat berpanjangan berikutan projek laluan CSR.

BENTONG – Laluan Central Spine Road (CSR) dekat Ketari di sini dipercayai menjadi antara faktor limpahan air Sungai Benus mengalir ke arah Chegar Medang sehingga mengakibatkan kejadian banjir kali kedua di kawasan itu dalam tempoh tiga bulan.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri Ketari dan Bilut, Datuk Seri Mohd. Soffi Abd. Razak berkata, langkah pembinaan benteng tebatan banjir selain mendalamkan sungai-sungai utama amat signifikan dalam me­ngatasi masalah banjir di kawasan tersebut.

“Chegar Medang adalah kawasan lembangan banjir. Ia mempunyai tebing sungai yang mendatar dengan penempatan menyebabkan kalau air melimpah, ia terus ke penempatan.

“Jalan itu (CSR) pula bertindak sebagai benteng tebing kiri, sedangkan tebing kanan di mana kawasan surau Benus dan Chegar Medang mempunyai tebing yang rendah.

Sungai Benus mengalir ke arah Chegar Medang sehingga mengakibatkan kejadian banjir kali kedua di kawasan itu dalam tempoh tiga bulan.

“Jadi apabila air mengalir, ia tidak boleh pergi ke kiri dan akan mengalir ke sebelah kanan menyebabkan kawasan surau dan perumahan itu banjir,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pada 17 Mac lalu, Chegar Medang sekali lagi dilanda bah selepas kejadian banjir berlumpur yang menenggelamkan kawasan itu pada 18 Disember tahun lalu.

Menurut Mohd. Soffi, usaha mendalamkan sungai-sungai termasuklah sungai utama seperti Sungai Bentong, Sungai Benus dan Sungai Perting dilihat menjadi perkara penting dalam usaha untuk mengatasi masalah banjir di daerah ini.

Selain itu katanya, empangan-empangan yang ada juga perlu ditambah baik dalam pelaksana­an projek tebatan banjir yang merangkumi kawasan sungai dan tadahan air di daerah ini.

“Kerajaan negeri sentiasa berusaha membela nasib dan membantu penduduk terjejas banjir termasuklah mencari kaedah terbaik bagi mengelakkan tragedi banjir yang boleh mero­sakkan harta benda dan me­ngorbankan nyawa tidak berulang lagi.

“Perbincangan telah dilakukan dengan pelbagai pihak ter­babit dan kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi melaksanakan projek tebatan banjir yang memerlukan kos yang besar di daerah ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI