fbpx

Dua kelompok boleh abaikan pautan janji temu dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan dos penggalak Covid-19 hanya diberikan kepada individu dewasa berusia 18 tahun dan ke atas dan tiada dos penggalak kedua atau dos keempat diberikan kepada umum.

Unit MySejahtera dalam satu kenyataan menyebut, terdapat isu teknikal apabila sistem tersebut telah menghantar pautan janji temu untuk dos penggalak kepada remaja iaitu golongan berusia 17 tahun dan ke bawah.

Malah, katanya, ada juga individu dewasa yang sudah pun menerima dos penggalak, turut menerima pautan janji temu untuk dos penggalak.

“Pasukan teknikal MySejahtera sedang memperbetulkan perkara ini dan memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul daripada masalah teknikal ini.

“Bagi mengatasi masalah yang berlaku, individu berikut diminta mengabaikan pautan janji temu iaitu ibu bapa atau penjaga kepada remaja berusia 17 tahun dan ke bawah yang menerima pautan janji temu dos penggalak untuk remaja di bawah jagaan.

“Juga individu dewasa yang telah mendapat dos penggalak tetapi masih menerima pautan janji temu baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga menyebut, sekiranya orang ramai telah membuat janji temu dos penggalak untuk tanggungan mereka atau untuk dos keempat melalui pautan yang dihantar, janji temu tersebut boleh dibatalkan dan tidak perlu hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

“Malah semua PPV telah dimaklumkan tentang perkara ini serta akan menolak kehadiran remaja untuk dos penggalak dan juga individu yang hadir untuk dos penggalak kedua atau dos keempat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI