fbpx

Masjid, surau boleh laksana pelbagai aktiviti dengan penjarakkan fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin Harun

SEREMBAN – Semua masjid dan surau di negeri ini dibenarkan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bermula 1 April ini, bagi mengimarahkan masjid namun harus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakkan fizikal.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, SOP berkenaan diambil selaras dengan permulaan Fasa Peralihan Endemik di seluruh negara bermula pada tarikh tersebut.

Menurutnya, penjarakan fizikal ketika mendirikan apa-apa bentuk solat berjemaah dan wirid di semua masjid dan surau di negeri ini adalah mengikut aturan sejadah bersaiz besar (2 kaki lebar x 4 kaki panjang).

“Selain semasa mendirikan solat dan wirid, jemaah hendaklah sentiasa menjaga penjarakan fizikal satu satu meter seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Aminuddin lagi, aktiviti pengajian ilmu seperti kelas takmir, kuliyah, tazkirah atau ceramah dibenarkan secara bersemuka dengan menjaga penjarakan fizikal.

Menurutnya, aktiviti qiamullail, tadarus, iktikaf serta program komuniti seperti penyampaian bantuan atau sumbangan, majlis berbuka puasa dan seumpamanya juga dibenarkan dengan menjaga penjarakan fizikal.

“Takbir hari raya di masjid, surau dan takbir dari rumah ke rumah dibenarkan dengan menjaga penjarakan fizikal serta mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa.

“Aktiviti sosial seperti kenduri kahwin, majlis sambutan hari kebesaran Islam, program komuniti seperti gotong royong dan seumpamanya dibenarkan dengan menjaga penjarakan fizikal,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin menegaskan jemaah yang dibenarkan adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak yang telah menerima vaksin baik warganegara, bukan warganegara dan penduduk tetap (PR) serta sihat tubuh badan, tiada gejala seperti demam, batuk, selsema atau sebagainya.

Menurutnya, jemaah diwajibkan untuk mengimbas QR Code MySejahtera, memakai pelitup muka dan membawa sejadah bersaiz besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI