fbpx

KUSKOP sasar 200 koperasi masjid tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh Omar (tengah) bergambar bersama barisan Ahli Lembaga WCD di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 200 unit koperasi masjid disasarkan pada tahun 2022 melibatkan lebih 6,000 buah masjid di Malaysia.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar berkata, setakat ini hanya terdapat 400 koperasi masjid telah berdaftar dan diwujudkan di negara ini.

“Kami menyasarkan 10 peratus lagi peningkatan tahun ini bagi jumlah koperasi masjid melibatkan 200 unit koperasi yang baharu.

“Selain itu, setiap koperasi baharu yang berdaftar, boleh memohon Pembiayaan Permulaan Pertama (SuFi-1) tanpa cagaran sehingga maksimim RM100,000 yang mana kadar keuntungan yang dikenakan juga amat rendah iaitu sebanyak 1% sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran WCB di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Noh turut memaklumkan pihak WCB boleh memohon peruntukan dana sehingga RM10 juta yang telah disediakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah SuFi-1.

“Adalah menjadi harapan saya dan pihak kerajaan untuk melihat organisasi seperti WCB untuk sentiasa menyediakan perkhidmatan atau produk yang inovatif kepada pengguna,” ujarnya.

Disamping itu, beliau menyarankan kepada pengurusan koperasi tersebut untuk tidak ketinggalan mengikut trend ‘financial revolution’ yang menggunakan teknologi digital dalam memperkenalkan produk kewangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI