fbpx

Air sungai Kedung Pengilon didakwa mujarab rawat penyakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air dari Kedung Pengilon dikatakan mujarab bagi merawat segala jenis penyakit manusia. - Pikiran Rakyat

JAKARTA – Lubuk sungai yang dikenali sebagai Kedung Pengilon di Kabupaten Kendal dalam wilayah Jawa Tengah dipercayai memiliki air suci yang mampu merawat segala jenis penyakit, lapor portal Solopos.

Kedung adalah istilah dalam bahasa Jawa yang bererti bahagian sungai yang sangat dalam, manakala pengilon dalam bahasa Indonesia bermaksud tempat cermin.

Oleh itu, Kedung Pengilon adalah air yang digunakan untuk pencerminan. Ia dikatakan mempunyai air yang sangat bersih sehingga boleh digunakan sebagai cermin.

Masyarakat setempat juga percaya bahawa air di situ boleh digunakan untuk merawat segala jenis penyakit.

Air ‘mujarab’ itu didakwa berada di bawah air terjun di sebelah kanan Kedung Pengilon Kendal.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan manfaat air itu, individu perlu terlebih dahulu meminta izin dengan menziarahi kubur Putera Mintono.

Makam itu terletak di puncak bukit Kedung Pengilon. Menurut penduduk, ramai pelancong mengunjungi makam tersebut terutamanya pada setiap malam Jumaat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI