fbpx

746 dikompaun, 17 direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Seramai 763 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 746 individu telah dikompaun manakala 17 individu direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pu atau kelab malam (608), gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk (6), penjarakan fizikal (63), tidak memakai pelitup muka (22), parti persendirian (27), premis beroperasi lebih masa (1), premis beroperasi tanpa lesen (1), perjudian sabung ayam (10), disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian (12), ingkar perintah PKPD (12), dan lain-lain aktiviti (1),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi Operasi Benteng, pasukan keselamatan semalam telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 71 PATI, tiga tekong dan satu penyeludup. Daripada jumlah itu, di Padang Mulud, Bandar Penawar, Johor, pasukan ATM telah berjaya menahan 10 PATI kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah. Sebanyak 79 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan PDRM (57 SJR), AKSEM (10SJR), dan ATM (12 SJR).

Tambah beliau, sejak 24 Julai sehingga semalam, seramai 28,508 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 73 Hotel dan lapan premis lain.

“Pegawai penguatkuasa KPDNEHP juga telah melakukan 1,649 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 1,640 premis mematuhi operasi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan manakala sembilan premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.

“Dalam tempoh PKPP ini, Kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” ujar beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI